Pages

Tuesday, 16 February 2016

SBPI SELANDAR

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA


Hari ni saya mengupdate lagi.Dah ketagih ke?

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar



First time saya dengar nama sekolah ni ialah time check dapat tawaran kat mana-mana Sekolah Baresrama Penuh (SBP) .Masa tu saya dan kawan-kawan saya tengah berehat daripada latihan kawad kaki Kadet Polis Wanita . Lepas tu tiba-tiba dapat khabar result tawaran SBP keluar hari tu.
Apa lagi sume dak form 3 (PMR 2013) terus lari masuk bilik Seni, Check gune Laptop cikgu.

Dah mintak kebenaran dah.
Alhamdulillah saya terima tawaran masuk SBP dengan kawan saya yabg dapat Sains Muar (SAMURA).Apalagi time tu dah tak ingat dunia sebab gembira sangat.
Sebenarnya mohon SBP lain tapi dapat SBP lain cuma sama negeri je. Tapi sebab dapat tawaran so lantakla.

Masa tu saya ingat nama sekolah tu SBP Integrasi Seladang. Jadi saya sebutlah nama sekolah tu bila ada orang tanya.Sampailah kawan saya yang dapat SAMURA betulkan nama sebenar sekolah
Pelik bebenar .Patutnya saya yang patut tahu nama sebenar sekolah tu tapi dia yang tahu.Patutla bila saya beritahu orang lain, diorang tak tahu. Nama sekolah salah rupanya.


Masa saya salah nama sekolah tu saya fikir sekolah tu kat hutan yang ada banyak seladang. Yang hutan tu betul atau lebih tepat Kelapa Sawit.Seladang tu tak berapa tepat sebab tempat tu dipenuhi lembu-lembu yang sedap bila dibuat korban time Raya Haji.


Of course saya terima tawaran tu.Kalau tidak takkan saya nak cerita.Yang pasti time tu rasa excited tahap 7 petala langit sebab dapat masuk asrama dan ke sekolah baru tanpa mengetahui makna sebenar menjadi seorang pelajar berasrama penuh.




Bersambung kat PART 2

DIY! Sungguh Kreatif Dan Inovatif!

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA


Baru-baru ni saya tiba-tiba rasa nak decorate bilik tidur saya. Saya nak bilik saya comel, girly,simple dan selesa.
Macam ni:



Cantik kan? Saya tersangatlah jealous dengan bilik secantik itu. Sudah tentu menggunakan kos yang tinggi untuk decorate bilik camtu.
Tiba-tiba saya teringat pasal Kedai DIY yang kawan saya mention.Barang-barangnya pun comel dan murah. Dia pun ada cakap pasal video-video DIY yang kreatif.
So tengokla video-video tu kat Youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=h2V5LejYVW8

Tengok je video tu bagi saya banyak idea untuk decorate bilik tidur saya dengan kos rendah dan mudah.

It was AWESOME!
Wuu,membuak-buak idea!
Saya boleh buat!YEAH!

A JOURNEY OF A THOUSAND MILES BEGINS WITH ONE STEP

ok,lah bye!


Monday, 15 February 2016

Confuse Nak Pilih Course Apa?

ASSALAMUALAIKUM,
SELAMAT SEJAHTERA.


Dah lama giler tak mengupdate blog..Dah berhabuk dah..Rasenya last update pun bulan Februari tahun lepas.Biasalah duduk asrama. SPM lak tu.

Confused nak pilih course apa untuk permohonan UPU? Tak tahu kerjaya yang sesuai? Tak tahu nak sambung apa? Matrik?STPM? Diploma? Atau Asasi?


"Ceh,baru habis SPM, ada hati nak citer pasal course!"

Ye,memang betul saya baru habis SPM.Tapi tak salah bukan ingin berkongsi serba sedikit  mengenai masalah ini?
Jujur saya cakap, saya pun ada masalah dalam hal ini.Saya selalu memikirkan hal ni sejak saya Form 3 lagi. Jadi saya pun meminta pendapat orang yang terdekat dengan saya.



So, saya start dengan stater point.

Firstly,
saya fikir apa kebolehan saya. Saya hebat dalam subjek Sejarah jadi saya terfikir untuk menjadi seorang,
1)Ahli Arkeologi
2)Peguam/Pendakwa raya
Kalau untuk jadi arkelologi, di Malaysia tidak menawarkan course tersebut kecuali peringkat Master.Itu apa yang saya research selama ni.Kalau macam ni macam mana nak jadi Ahli Arkeologi?
Kalau untuk Peguam/Pendakwa Raya sudah tentu ambil course Undang-undang.


Maybe anda pakar dalam bab-bab komputer,
anda boleh pilih course Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Memandangkan Malaysia akan mencapai Wawasan 2020 tak lama lagi, sudah tentu bidang pekerjaan ini akan semakin meluas dan mempunyai permintaan yang tinggi.Dentist pun mempunyai permintaan yang tinggi di Malaysia.

Maybe tanpa ada sedari anda mempunyai bakat terpendam, siapa tahu,

Secondly,
Apa perkara yang saya minat.
Ingat,minat boleh dibahagikan dengan minat utama dengan minat tak utama.
Sebagai contohnya, saya minat melukis, menulis dan melayari internet.
Bagi saya melukis dan menulis merupakan satu hobi.
Tetapi saya ingin mengetahui lebih mendalm mengenai komputer,jadi saya mengambil keputusan untuk memohon course Science Computer dan course Teknologi Maklumat.

Then,
Research..
Banyakkan research tentang kerjaya yang anda inginkan. Saya selalu research mengenai perkara-perkara sebegini jadi saya sekurang-kurangnya serba tahu mengenai kerjaya yang saya minati. Bagaimana permintaan kerjaya tersebut dan sebagainya.Saya seringkali melayari website tutor.tv.com memandangkan tutor tv banyak membantu pelajar.

Next,
Tanyalah pendapat orang terdekat. Mudah-mudahan membantu .Tanyalah orang yang mempunyai pengalaman dan kenapa pilih course tersebut.
Kalau still confuse bolehlah buat ujian kerjaya. Moga-moga ia membantu.

Still confuse?
Banyak-banyaklah berdoa pada Tuhan. Bagi yang beragama Islam boleh melakukan Solat Istikarah.


Tapi apa yang penting anda akan berasa seronok dan teruja dengan  pilihan course anda dan kerjaya yang ingin dipilih. Bukan semata-mata ingin dipandang tinggi dan hendak gaji yang lumayan sahaja. Perkara itu hanya sementara .Jika kita melakukan pekerjaan yang kita suka, kita tidak akan mudah untuk berputus asa dan terus berjuang bagi mencapai kejayaan . Apa perasaam anda apabila anda melakukan perkara yang disukai? Seronok bukan? Maybe perkara tu takla gempak mana tapi manalah tahu anda boleh membuat inovasi. Yang penting USAHA .Tiada yang mudah dalam dunia ni. Kalau anda jumpa entry ni pun dikira anda sudah memulakan satu step. Dikira usaha bukan?

A JOURNEY  OF THOUSAND MILES BEGIN WITH ONE STEP

Ok lah,bye.

Thursday, 19 February 2015

No Game no Life

Okay..okay..Assalamualaikum.
Malm ni saya nak desribe pasal anime NO GAME NO LIFE 
 Saya sangat suka anime ni..sangat best,..
Okayla firsly mari saya memperkenalkan watak dalam anime ni.




  • Sora
  • 18 tahun
  • Seorang Neet
  • Abang kepada Shiro
  • Raja Negara Elkia
  • Human
  • Ahli Blank
  • Bijak mengatur strategi
  • Berasal dari dunia lain ( Earth )

  • Shiro
  • 11 tahun
  • Seorang Neet
  • Adik kepada Sora
  • Ratu Negara Elkia
  • Human
  • Ahli Blank
  • Genius
  • Berasal dari dunia lain (Earth )

  • Stephanie Dola
  • 18 tahun
  • Puteri Elkia sebelum Elkigia dirampas oleh Kurami Zell
  • Clumsy
  • Pandai buat cookies
  • Sebenarnya seorang yang pintar walaupun dianggap kurang cerdik oleh Sora dan Shiro
  • Membuat keputusan terburu-buru
  • Sangat Menyayangi arwah Datuknya iaitu Raja Elkia yang lepas
  • Pembantu Sora dan Shiro
  • Selalu kalah dalam permainan
  • Imanity (Exceeds rank 16)
  • Gibrael
  • Flungel (Exceeds rank 6)
  • hamba kepada Sora dan Shiro
  • mempunyai sayap dang mengetahu beberapa jenis magik
  • Berusia lebih daripada 6000 tahun
  • Memiliki perpustakaan Negara Elkia sebelum kalah dalam permainan Shiritori dengan Blank


  • Kurami Zell
  • 18 tahun
  • Ketinggian 158 cm
  • Imanity
  • Bekerjasama dengan Elf (Exceeds rank 7) untuk dapatkan Elkia
  • sebenarnya seorang yang cengeng
  • Hampir-hampir menjadi Ratu Elkia tetapi kalah dalam permainan Strategi dengan Blank
  • Hamba kepada keluarga Fil Nivalen
  • Pernah berkongsi memori dengan Sora
  • Akhirnya membantu Sora dan Shiro
  • Fil nivalen
  • Elven Garden (Exceeds rank 7)
  • Tuan kepada Kurami Zell
  • Sangat menyayangi Kurami Zell
  • Mempunyai kuasa sihir
  • Membantu Kurami Zell menang dalam perlawanan
  • Tidak suka Gibrael
  • Membantu Sora dan Shiro menjadi spy semasa berlawan dengan warbeast (exceeds rank 14)

Itu sahaja perkenalan watak
NO GAME NO LIFE   ini bergenre fantasi,comedy,game,action dll
Anime ni ade 12 episod..
Walauapepun nk cakap Anime ni gempak giler..
Best sangat!
Saya sangat suka kat Sora n Shiro.

Rank Exceed
  1. Old Deus
  2. Phantasma
  3. Elemental
  4. Dragonia
  5. Gigant
  6. Flungel
  7. Elf
  8. Dwarf
  9. Fairy
  10. Ex-Machina
  11. Demonia
  12. Dhampir
  13. Lunamana
  14. Werebeast (warbeast)
  15. Mermaid
  16. Imanity
Dunia Game yg gempak giler..

Friday, 1 August 2014

Something That I Feel

Assalamualaikum. Hari demi hari berlalu,bulan demi bulan berakhir, demi demi detik berjalan.pejam celik pejan celik..Bulan Ogos dah pon tiba..Syawal telh pun menjelma Ramadhan telah pergi meninggalkan kita.dan aku pun sudah pun semakin dewasa..
Rumah kata pergi,
Sekolah kata mari..
Sebenarnya saya kektandusan idea, tak tahu nak tulis ape..
Saya rasa masa begitu pantas berlalu..
Lepas naik cuti je semua kembali normal
Saya tak tahu ape je benda yang abnormal sblm ni
Thn dpn dah x boleh main2 lg
SPM mmg akn menghantui
Study memang struggle giler
Demi mencapai keputusan yg cemerlang
Nak penuhi cita2 perlukan pengorbanan
TAKWA+USAHA memang paling utama
Bg mengecapi kejayaan
Diagnostik tak lama lagi
Kena pastikn semua subjek dpt mrkh cemerlang bkn stakat lulus jek
Lgpun inilah jln yg saya pilih
Jd kena bertanggungjawab atss setiap tindakan
I need change  myself to change the world..
Diri tidak boleh diubah tapi cara boleh berubh
Kalau cakap je memang tak guna
I must begin from now
Challenge myself..
Before challenge the others,
I must challenge myself first
This time is different thing
Tak sama dengan perjuangan dulu
Hebat mana pun UPSR
Bagus mana pun PMR
semua tu tak kemana
Yg berlalu biarkn berlalu
Sekarang adalah sekarang
Dan yang akan menentukn masa depan
Depends on myself
How I want to create my own future
So, now the challenge begin..
#MY FUTURE DEPENDS ON MYSELF
#englishROJAKmelayu

Wednesday, 28 May 2014

hoLidaY kot..>< ^^ v

Assalamualaikum. .wah udah lame bebenar x update blog...org busy mmg cmtu kehkehkeh..skrg musim cuti skolah..
Mmm..ape ptot aku wat ea:
1)wat homework (brlmbk gile, kalo wat
   menara klh klcc)
2)tido spuasnye (kalo kat asrama nk tidur
   spuasnye sabtu n ahd jek)
3) main komputer (huhu..kat sana x de..
    akhirnye)
4) bace novel (citer org dh kahwin..hihi..
     miang+sweet gitu)
5) hang out(nnty plan ngan kwn2)
6) study (nk dpt A+ sume subjek)
7) dll (mls nk citer)
Ok la sata nk undur diri dulu..dh ngantuk giler...krg subuh gajah esok..go to bed, time to sleep...
♥sleeping beauty♡
☆Guten Natch★
■ohyasumi□
○gud nite●
◆sweet dream◇

Friday, 17 January 2014

Dapat Tawaran..HAPPY or SAD?

Assalamualaikum...tawaran ke sekolah TEKNIK VOKASIONAL dan SBP tlh pon diisytiharkan..Saya rasa sedikit frust sebab saya dapat kedua-dua tawaran tersebut..Saya masih sayang lagi sekolah saya yang sekarang ni..SMK BANDAR BARU UDA..saya tak tahu nak pilih yang mana satu..
Teknik vokasional saya dapat:
Teknik JB,
Kursus yang ditawarkan:
Perdagangan,
Tarikh Pendaftaran:
20 Januari 2014

Teknik JB saya dah tolak sebab mengikuti aliran Sains Tulen..Jadi selesai satu masalah..Beberapa orang rakan sekelas saya menerima tawaran ini dan akan berpindah pada minggu hadapan..Last jumpe diorang semalam..Mesti rindu diorang.
SBP pula saya dapat:
SBP Integrasi Seladar,Melaka
Aliran:
Sains Tulen
Tarikh Pendaftaran:
05 Februari 2014

Yang ni memang buat saya frust,,.Dua-dua sekolah bagus..SBP saya kena berdikari..Smk bbu just skola biase tapi saya dah ade semua..kawan,pangkat,aktiviti n cikgu,,,kalo tak tahan duduk asrama pastu nak masuk sekolah Uda balik x boleh..Pengetua ckp mcm tu..Pengetua mmg Brainwash kitorang betol2..huh,susah betoi..Ckggu kate solat Istiqarah ..Insya Allah Allah bagi petunjuk Amin...

Monday, 13 January 2014

My MIRAI!!

Assalamualaikum. .entry saya pada hari ini berkisarkan cita-cita saya yang ingin saya capai suatu hari nanti. Saya sebenarnya dilanda masalah yang sangat serius..cuba korang teka apa masalah yang serius sangat tu? MMm..putus cinta? Gagal dalam peperiksaan? Buat masalah kat sekolah? Of course semua perkara yang saya senaraikan sebentar tadi bulat2 salah..masalah besar saya ni ada kaitan dengan kerjaya saya pada masa depan okay! Memandangkan tahun ni saya sudah pon dengan jayanya telah menjadi budak form 4 sudah semestinya saya wajib memikirkan masa depan saya dengan lebih serius demi kebaikan bersama.Masalahnya mak saya kata cita-cita yang ingin saya kecapi itu sangat kecil skopnya..tak ada kerja sangat..bila saya fikirkan apa yang mak saya cakap tu betul juga terus kepala saya berserabut, tak tahu nak jadi apa..sebab cita2 yang saya pilih sekarang ni kena dengan jiwa..cewah!cita-cita saya tanam sejak form 1 lagi..sebelum ni cita-cita saya asyik bertukar je..cikgula, doktorla, angkasawanla dan lain-lain lagi..Yang mengarut pon ada..budak-budak kan..bila saya dah tetapkan cita-cita mak saya cakap macam tu pulak..wah, serabutla kepala..bagi saya  menetapkan sebuah cita-cita sangat penting supaya saya akan belajar lebih lagi supaya saya dapat mencapai cita-cita saya yang telus lagi murni tu..

Tapi apa yang bestnya hari ni saya sudah menetapkan saya tetap dengan cita-cita saya...saya buka laman web tutortv.com.Dari situ saya dapat mengetahui maklumat tentang cita-cita saya yang berada dalam bidang kemanusian, antropoligi..memang susah kalau nak capai cita-cita saya tu kat Malaysia tapi tak apa sebab kat luar negara pun boleh...saya ambil kerjaya sebagai penulis sebagai kerjaya sampingan sebab cita-cita terbesar saya nak jadi ahli arkeologi..Universiti SM menawarkan kursus ni..lagi aku suka...oklah itu je kot..

Mirai=masa depan
Bye!tata! Sayonara!..


Friday, 10 January 2014

2014..Jangan Bajet sangat

Assalamulaikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia!wah rasa macam nk bersyarah kat sini pulak.ada bakat ni tapi masih rasa gelabah kat depan orang ramai..Baca ikrar Rukun Negara mase perhimpunan tgn menggigil macam ape..Tapi pernah masuk jugak pertandingan syarahan dapat nombor tiga Alhamdulillah..Esok kat Masjid  BBU pon ade pertandingan pidato tapi tak masuk.tarik diri..Rase xde confident..Yela masa masuk pertandingan pidato tahun lepas peringkat separuh akhir pon tak lepas.Setakat semi final jela..inikan pula nak lawan dengan budak sekolah lain..

Mengenai Bajet 2014 tahun ni..Saya cukup-cukup tak setuju harga makanan kat kantin sekolah saya dinaikkan..Saya memang berkira walaupun saya langsung tak singgah kantin masa rehat..kadang-kadang adela.Ye,saya tak suka bila harga makanan kat kantin dinaikkan sebanyak 50 sen..dan yang seangkatan dengannye..Bagilah diskaun sikit pada budak-budak sekolah yang innocent macam kami ni wahai pak cik 2 n makcik2 kantin ..Janganlah semua benda harga nak naik..Kalau makanan kelas 5 bintang tak kisahla den..Kami pon nak simpan duet jugak..Mungkin makcik2 n pakcik2 kantin nak kami jgn makan makanan kantin yang kurang berkhasiat tu agar kami sentiasa sihat walafiat..Makan makanan rumah lagi bagus..Baiknye hati..Terima kasih ye..susah2 je..Saya tahu saya ni tak tau ape2 jd sbb itulah saya hanya tau mengomen je..Saya berhak untuk mengkritik kerana itulah hak pelanggan..Duit yang mak saya kasi pon saya nak simpan jugak..kalo dulu rm1 dah sgt mengenyangkan perut sekarang rm2 pon perut masih berbunyi minta diisi..Saya harap makcik turunkan harga macam tahun lepas.Harga makanan kantin tahun lepas pon buat saya gigit jari jadi tolonglah jgn naikkan harga lagi ye..harga ayam goreng tahun lepas RM1.50 tapi tahun 2014 ni RM2.00..huh,memang tak puas hati..
Gambar ni tiada kena mengena langsung 

Tahun ni syukur Alhamdulillah result PMR saya  cemerlang..SPM tahun depan saya akan buat the best!!!
Sebelum saya nk mengakhiri entry ingin saya ucapkan Selamat Tahun Baru..Semoga thun ni lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnye..sayonara!Bye!Tata!

DO THE BEST,BEAT THE REST!

Friday, 8 November 2013

Sesungguhnya..i'M still IMMATURE

Assalamualaikum..
Apo Khabaq?

         Dah lama bebenar saya tak bukak citer kan...Almaklumlah 'PMR' walaupun dah abis...biasalah sebok ngan aktiviti baru..Aktiviti membaca.Baca baguh ape...Aktiviti lain hihi no way..Last aktiviti sukan mase lom cuti pnjg itu ari..Main bola tampar.Apa ingat dak nerd tak leh main tampar menampar pe?Dpt 6ber 2 tau..Walaupon 6ber 2 kira oklah jugak..kan..kan..sbb i have no experience in volleyball..mengerti?Ni first time main tau..oklah berbalik pd tadi.Baca apa?Of course..novel..
Apa barang baca komik walaupun still suka..Novel ape?Ni yang malu ckit nak habak ni..
hihi..apalagi novel cintan-cintun ler..Zaman novel2 setakat 100 hingga 200 lebih dah tak
MAIN dah..Well sedang 'membesar'..Paling suka novel terbitan KAKI NOVEL n KARYA SENI.
Boleh tahan best gak..Masa bace mesti tersengih-sengih sorg2 mcm org giler.kehkehkeh

Oklah,post kali ni bukanlah pasal hobi saya yang suka membaca tu..Sesunnguhnya hal tu tiada kena mengena ngan yang hidup ataupun yang sudah mati tapi saya ingin ceritakan betapa tidak matangnya saya walaupun dah 15 tahun!!!Saya masih lagi tengok A.N.I.M.E.Kpd sesiapa yg tak tau ape kejadah tu anime meh sini saya terangkan..

ANIME ialah animasi ciptaan dan hasil terbitan Jepun ala macam Sailoormoon n Detective Conan tu,.Ultraman atau Masked Rider bukan anime sbb anime tu just 2D.Entahala saya pun tak tau nak ckp ape..Apa masalahnya kalo masih tengok Anime?Itulah yang saya tak paham ngan dunia ni..Bila saya cakap saya suka anime atau tengok anime ngan kwn2 diorang ckp saya immature cam budak2..Benarkah?Tp citer anime tu sume nk kate citer psl dak2 tadika cam Sin-chan xde la gak..Citernya bnyk psl dak skola yg sebaya dengan saya..Anime cam org dewasa pun ade.Y censcored2 pon ade hehe..hah jgn nk try2!!..Yg tu x tengok ler.

Apa nk diherankan kalo umur2 camni tengok anime ada yang paling tua tau.Sekurang-kurangnya saya bukanlah otaku(obses dengan anime/manga)err..saya otaku kut..ontahla..sakit kepala memikirkannya.Anime paling saya suka FAIRY TAIL.Best tau citer ni..Nakama tameni(Demi kawan2) Diorg sanggup menggadai nyawa demi kawan2 diorg n rumah diorg yg dipanggil guild atau Fairy tail.Sorera Fairy Tail madoshi dakara(Because they Fairy tail wizard)..Saya suka semangat diorang yang setia dan kepercayaan(bkn agama)..

Fairy tail madoshi





Dahlah tak usah bebel pnjg2..tata..nk smbung bace novel..hihi
Minggu depan 'Playboy tu suami aku?' kat TV3..x sabar den..
Miggu lepah baru abis bace novel tu..

bye..sayonara

Wednesday, 4 September 2013

EXAM cOOminG sOOn!!!!

Assalamualaikum...Konichiwa..Dah lama saya tidak berblogger.Sekarang saya ingin berblogger dengan tulis perkataan penuh-penuh tanpa singkatan.Angkara Penilaian Menegah Rendah(PMR) yang semakin mendekati lah ni!SERAMMM!!!Jumaat ini sudah GERAK GEMPUR SEJARAH DAN GEOGRAFI..Next week pula, GERAK GEMPUR BAHASA MELAYU..Ini semua GERAK GEMPUR kali kedua..Masa GERAK GEMPUR pertama dulu BAHASA MELAYU sahaja yang dapat 'A' manakala SEJARAH DAN GEORAFI...Entahlah..No comment..Jadi saya akan buktikan saya boleh buat dan dapat keputusan yang cemerlang dalam GERAK GEMPUR dan PMR..Saya nak melayakkan diri untuk masuk ke asrama.Belajar berdikari.Be independent person.Tidak mahu menyusahkan ayah dan mama apabila dewasa kelak.Apabila masuk Asrama dapatlah kita belajar menjadi seorang yang tabah dan cekal.That why boarding school is interesting to me.Nanti kalau ada rezeki dapat masuk Matrikulasi,dah pandai jaga diri..Tak kekok sangat..I MUST STUDY SMART NOT STUDY HARD..tata ..bye..SAYONARA.

Tak nak jadi pelajar yang dah nak exam baru sibuk2 nak belajar..FIGHTING!!!

Saturday, 25 May 2013

Kita~FORTEEN (ost Sebenarnya Saya Isteri Dia)

Suke ngan citer ni...hihi..lg2 Izzue Islam berlakon..eceh2..Semalam melepas tengok citer ni tp xpe tonton kan ade...Nk beli novelnye mak kata nanti mesti rase x best tengok citernye mcm Setia Di Hujung Nyawa..Jd akan setia menunggu citer ni hingga episod die abis

USAHA

Assalamualaikum..'Kemenangan bukan segalanya tetapi usaha untuk menang'Tahun ni aku nak PMR.Cepat betul masa berlalu.Tinggal beberapa bulan sahaja lagi aku akan menyertai medan peperangan yang akan menentukan aliran yang akan aku masuki pada tahun hadapan.Silap langkah,Wallahualam.Wah,masa betol-betol cepat berlalu...Percubaan bulan julai ni!!!Betul tu, tak guna hanya pandai berbicara tetapi usaha tiada.PMR!PMR!PMR!Tahun depan nak masuk sekolah berasrama penuh tapi aku langsung tak berusaha...Setitik peluh pun tidak menitik..Mid Year Exam ni begitu merisaukan..Dahla tata..


><takde mood

Saturday, 27 April 2013

Bermalam di Rumah pIEQAh

Assalamualaikum  lama bebenar x post kat blogger..well semenjak ada twitter ni,blogger semakindilupakan..bkn ade org bace pon..hari ni ade kor-kadet untuk kadet polis wanita dan lelaki saya pergi ooo....asyik berdiri je..penat jugek kaki ni...dari kul 7.30 sampai 9.30 pg berdiri je.gerak2 pun senam diri dan sedia.naseb baek xde tindakan  tasta tertib gerak2 masa dlm barisan..tadi mase saya nak kasi botol air kat kwn saya,abes air tumpah.rupa-rupenya penutup x btol.td ade bape org pengsan.lps kuar baris,kitorg amik gmba.ckit2 amik gmba..amik gmba jek kerjanye..uish..skrg saya kat umah kwn saya pieqahni tgh gune laptop n broadband dielah ni.mak die xde so,brmlm kat sini.konon nk study.yg lg sorg bpk die x kasi..oklah tata..nanti lame2 laptop ni jadi giler lak.mati sndiri..

P/S:td conteng tgn hazirul yg kene simen sbb pth...first time wat..terharu lak...abes kor-kadet masuk kls..dak rajin pdhl x bwk buku...huhu..

Tuesday, 23 April 2013

Cerceritera sahabat-sahabatku ~PART 1~

Assalamualaikum,sihat?Saya kat sini sihat-sihat je..Terima kasih banyak-banyakla sebab menanya...buat susah-susah je...hihi (gwiyomi).


cuba korang lihat dua wanita ayu dalam pic ni....sebenarnya saya ada something nak bagitau korang semua tau (walau tau xde sape baca..kehkehkeh)...Bukak mata korang sebesar yang korang mampu..get ready pegang mouse korang....telan air liur korang dulu.....

START

Al-kisah bermulalah kisah,kisah dua orang perawan yang telah dilahirkan ke  dunia....Yang berbaju biru melihat dunia pada 26 April 1998 manakala si baju putih,merah itu pula mencelikan mata pada 6 Ogos 1998...Masing-masing umurnya sebaya...Telah ditakdirkan yang berbaju biru itu diberi nama Wan Nursyafiqah Bt. Wan Razaidi.Nur Wahidah Bt. Ismail pula si berbaju putih,merah empunya diri..Kisah mereka berdua inilah yang ingin saya bicarakan.Kisah mereka yang cun-cun itulah ingin saya ketengahkan dan kisah sahabat-sahabat saya iaitu mereka lah ingin saya postkan.

2011

Perkenalan tak terduga

Masih segar lagi dalam ingatanku...ya,sememangnya aku masih ingat..Hari yang bertarikh 3 Januari 2011 ialah hari pertama aku menjejakkan kaki dengan berani menempuhi alam sekolah menengah buat pertama kalinya seumur hidup.Memang benar, pada mulanya aku berasa sedikit cuak dan kegelisahan bertandang di hati ni..Hanya pedoman yang menjadi teman sejati.Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda.Pertama kali mendengar nama sekolah itu terluah dari mulut ibuku...sudah mampu membuat ku tertanya-tanya.'sekolah apa tu?','sekolah tu kat mane?','First time aku dengar nama sekolah ni.','sekolah tu macam mane ea.','Agaknya,dapat tak kawan baru?', dan pelbagai lagi 1001 soalan datang tanpa diundang mahupun memberi salam.Hari pertama persekolahan berlalu dengan pantas...sehingga waktu pulang sekolah.Aku pun segera ke pagar hadapan sekolah baharu ku itu..Sebenarnya,aku sudah berjanji dengan salah seorang rakan sekolah rendahku untuk berjumpa di pagar belakang agar dapat menumpang kenderaanya bagi pulang ke rumah memandangkan  jarak rumah kami begitu hampir tetapi aku tidak mengetahu di mana terletaknya pagar belakang jadi aku hanya ikut pagar yang aku ketahui jalannya.Aku duduk di tepi pagar hadapan sekolah..Dari jam 6.20 ptg hingga jam 7.00 malam aku menunggu kehadiran sesiapa sahaja yang telah ditugaskan untuk mengambil aku tetapi apabila memikirkan masa panjang telah berlalu perasaan cuak kembali sekali lagi.Mulalah aku berfikir bukan-bukan walaupun mukaku tidak menunjukkan sebarang respons.Pada masa itu,ada seorang budak yang tidak ku kenali duduk bertentangan denganku keseorangan...Kami berdua hanya diam,langsung tidak memberi reaksi antara satu sama lain.Sehingga seorang guru bertanya kelewatan kami pulang ke rumah.. dan berniat untuk menghatar kami pulang tetapi aku menolak ajakan dan mengatakan bahawa ibuku akan mengambilku sebentar lagi.Itu pun hanya sebentar sahaja..Suasana menjadi sepi seperti sedia kala..Hanya kedengaran alunan ayat al-Quran berkumandang dari masjid berdekatan.Pada masa itu,hanya bunyi cengkerik menemani,hanya lampu jalan menjadi sumber cahaya di sekolah yang sunyi tiada penghuni..Yang ada di situ hanya dia,aku dan pak gat yang sedang menjalankan tugasnya.Perasaan dan imaginasi yang enggak-enggak tadi serta-merta hilang dari benakku apabila aku dapat melihat kelibat kenderaan yang amat ku kenali nombor platnya.Nasib,baik ibuku datang mengambilku kerana berasa bimbang dengan keadaanku yang masih belum pulang-pulang.Ibuku mempelawa budak yang tidak ku kenali menumpangnya,kemudian budak tersebut bersetuju dan mengikut kami.Di dalam kereta pun kami masih tidak bertegur sapa.Niat di hati hendak bertanya nama tapi tidak kesampaian kerana perasaan malu dan segan yang ku punyai melampau.Ibu juga ada menegur perbuatanku yang langsung tidakingin beramah mesra dengan budak yang entah siapa itu..aku hanya mendiamkan diri.Kadangkala sahaja menjawab.Kami berjaya menghantarnya sehingga ke rumahnya yang terletak di Denai aman,Kempas.Inilah budak yang tidak ku kenali semasa pertama kali jumpa:








Masa mula-mula jumpa dulu muka memang aku tak cam.Siapa sangka kami akan menjadi kawan sehingga ke hari ini.Oit,nanti dulu citernye memang belum habis lagi,...Kejap lagi ada part 2 lak...


Kelas Baharu,Member Haru-biru





Pertama kali masuk kelas baharu agak mendebarkan kerana tidak mengenali ahli-ahli baharu untuk kelas baharu pada hari kedua persekolahan.Hari pertama sekolah duduk di dewan sehingga patah pinggang kerana duduk berjam-jam lamanya.Nasibbaiklah hari orientasi hanya sehari tak berminggu-minggu seperti sebilangan sekolah,kalau tidak alamatnya pergi sekolah naik kerusi roda gayanya.Alhamdulillah pelajar-pelajar tersebut khabarnya masih afiat sehingga kini.Aku mengambil tempat duduk di bawah kipas,lajur ketiga dari pintu kelas dan duduk di meja barisan  kedua dari belakang.Pasangan semeja aku adalah sahabat sekolah rendahku,Khairunesha..Di dalam kelas itu hanya Khairunesha seorang sahajala yang aku kenal pada masa itu.Member-member lain muka baru-baru tetapi ada sebilangan kecil pernah nampak tapi tidak cukup mengenali.Perjalanan di dalam  kelas lancar...Hari kedua sekolah,perangai sebenar masih belum keluar jadi seisi kelas masih sunyi-sepi hanya sebilangan sahaja  yang sudah mengenali antara satu sama lain.Aku bertemu dengan dirinya iaitu Wan Nursyafiqah di pondok belakang sekolah.Nasib baik aku tanya rakan sekolah rendahku di mana terlataknya pagar belakang memandangkan kami pulang bersama dan menaiki bas yang sama.Wan Nursyafiqh, seperti orang lain,aku memang tidak mengenali dirinya pada mulanya.Kami langsung tidak bertegur sapa,budak yang tidak ku kenali semalam masih belum ku kenal pasti orangnya.Yang pasti tentangnya adalah dia menaiki bas yang sama denganku bersama si dia yang berkulit putih itu.Hari ketiga persekolahan,masing-masing sudah mengenali sesama sendiri, sebelum pulang dia meminta ku tunggu untuk pulang bersama melalui pagar belakang sekolah.Lidahku masih kelu berkata-kata. ia seolah-olah sudah sebati dengan jiwaku,perasaan segan itu.Kami pun hanya berbual sedikit sahaja ,perihal sekolah.Mungkin hanya perkara itu yang ku bicarakan.Aku sememangnya ketandusan idea,aku sememangnya tiada keyakinan diri yang mencukupi.Dia pun tidak begitu banyak berkata-kata.Mungkin dia pendiam orangnya.aku pun tidak tahu kerana itu hanya pernyataanku untuk dia pertama kalinya.Ataupun dia seperti diriku yang segan silu,tiada keyakinan.Dia kenal budak yang tidak ku kenali dan berkawan dengannya,aku pun sama walaupun tidak seakrab mana dan walaupun aku masih tidak begitu pasti identiti budak yang tidak ku kenali itu.Walaupun begitu,lama-kelamaan kami sudah bertukar status menjadi sahabat biasa dan akhirnya sehingga kini anda tekalah sendiri..


Kisah ni baru part 1..Part 2 belum lgi.....Mesti korang bosan membaca post saya yang macam karangan inikan?Mungkin ada yang tidak faham apa yang ingin saya sampaikan..?saya tau...tapi akan saya simpan post ini menjadi sebuah kenangan terindah dan bermakna...

P/S:Aduh,esok kena pakai baju KPW lengkap...malu seyh.....tata ..Adieu,,...mahu masuk tidur,mimpi indah-indah...




Saturday, 20 April 2013

Lawatan dari iNdoNeSiA ke smK bbU

Assalamualaikum...apa khabar korang?sihat?Alhamdulillah...Kalau sakit rajin-rajinkan makan ubat lah ye....walaupun pahit rasanya.(><)Pada hari Jumaat iaitu 19 April 2013... cuba lihat pic kat bawah ni.





 Cuba korang teka siapa mereka semua?Dak Indonesia?Pandai..memang betul..tapi yang pakai baju hitam n lengan bercorak batik itulah mereka...Lain-lain itu rakyat Malaysia..Budak-budak yang pakai baju merah separa hitam tu budak Pontian datang sekali dengan diorang.Nak tahu nape diorang datang?

Diorang datang sebab nak buat latihan tarian kat dewan sekolah saya sebelum nak buat persembahan kat Giant,Tampoi pd pukul 10 pg n Giant,Skudai pd pukul 2 ptg pd hari Ahad 21 April 2013.Pandai tol diorang menari..Lincah n lembut giler..Masa mula-mula datang,saya  menyambut diorang memandangkan saya seorang pengawas..comel-comel diorang semua..Tak kira kecik besar sama je.Sebelum diorang berlatih,diorang melawat sekolah kitorang yang tidak seberapa sangat.Diorang masuk ke kelas dak tingkatan 5..





Sila abaikan dak sekolah saya....Selepas itu diorang buat persembahan kat dewan.berkumandang lagu-lagu diorang kat dewan.Saya yg dalam kelas yang berada di hadapan dewan,tertanya-tanya apa diorang buat memandangkan masa tu saya belum tahu apa-apa.Semua orang pergi tengok..Saya dengan dak-dak kelas saya tiada kesempatan untuk tengok sebab semua subjek lepas rehat,subjek penting..nilah muka-muka yang tengok persembahan diorang..saya tak de ...sedihnye.....








Carilah saya,confirm takde...bila habis kelas saja..cepat-cepat saya kemas beg n terus pergi dewan..Belum sempat sampai dewan dah ada orang panggil kata ada mesyuarat pengawas.Saya kata tunggu sekejap pastu terus gi dewan..Lagu tarian masih berkumandang kemudia....Saya tengok je dah habis...Terkilan hati ni...Tapi ketekilanan hanya sementara kerana pada waktu petangnya diorang buat lagi ..Saya stay sebab ada latihan kawad kaki....bertuah bukan?Saya mengambil peluang berkenalan dengan diorang..Diorang sporting...Diorang siap wat suprise hari jadi salah seorang guru diorang.hehe






Ini ialah persembahan diorang yang terakhir iaitu dengan menyanyikan lagu 1 Malaysia:Tranformasi...Korang ingat tak lagu tu...Diorang gunakan angklung sebagai muzik..dan diorang bagi saya buah tangan keychain berbentuk angklung n pengorek pensil comel Mickey mouse....Rasa sedih juga bile berpisah dengan diorang..Kalau ada jodoh jumpa diorang lagi...tata..





Kitorang sambung lagi dengan kepoyoan yang belum hilang dari hari Khamis ari tu...hihi..Memang giler ambil gambar tol...

P/S:Kawad kaki semalam tak de sebab tak nmpk btg hidung sarjan n dak2 kawad yang lain.Yg ada ckit je.Bgus sarjan..Terima kasih takde kawad semalam,dpt tengok persembahan diorang..hihi



Thursday, 18 April 2013

PosinG TidaK Sudah-sudaH

Assalamualaikum.dah lama saya tak publish post kan.kali terakhir pada tahun 2012..itu pun bulan berapa entah...Jadi sebab dah lama tak publish post,perasaan rindu mula bertandang di hati..Baiklah dalam post ini saya ingin menceritakan kisah saya dan kawan-kawan saya yang comel-comel semuanya.Tak habis-habis nak posing sana sini.Yang tukang rakam gambar sayalah tu...Saya suka sikit ambil gambar daripada jadi modelnya...Inilah hasil air tangan saya yang biasa-biasa sahaja

ni baru satu, yang lain-lain lagi agaknya macam mana diorang berposing ya?




Bagaimana hasilnya?Okay tak?Cuma satu gambar je bukan saya tangkap.Gambar yang di atas inilah.Yang itu kawan saya tangkap.Cun-cunkan diorang..Di bawah ni pulak giliran saya dan kawan saya memosing.Kitorang memang kalah dengan dua orang yang kat atas tu.
Biasa sahaja bukan?Haha nilah dua orang budak nerd nak ambil gambar.Ambil gambar pun tak reti posing..ceh,,,hehe..
Opss,jangan sangka ni aje,masih ada lagi tau.Biar keluar air  mata darah ataupun terjojol biji mata awak semua tengok gambar kitorang yang poyo-poyo ni.

Ni gambar kami bertiga berposing.. Bestfwen forever la katakan.




















Memang tak habis-habis nk bergaya.Camtulah,camnilah.gitulah,ginilah...hei,memang tak pernah habis.. Ni pula aku berposing dengan budak petang sekali.



Amacam?ayu-ayu tak gadis -gadis melayu ini..Ada perasaan nak buat calon isteri ke?Maaf  semua yang di atas sudah ditempah..kecuali saya..huahuahua...Tampaknya hari sudah pun larut malam...Lagipun esok nak pergi sekolah kena bangun awal.

Oh,ya hari ni perbentangan Bahasa Melayu KOMSAs kumpulan saya dapat markah 29/30..Tak sia-sia guna ranting kayu seperti yang disarankan oleh cikgu.Terima kasih cikgu.Hari ni pun kumpulan pantun kelas saya yang diwakili lima orang dak kelas saya termasuk saya kalah lawan dengan dak tingkatan 4...Cuma tersilap sedikit.Kalau tiada kesilapan.kitorang pasti menang.Bukan rezeki redha jelah kan...Tidak apa,tahun depan cuba lagi.memandangkan tahun ni nak pmr jadi aktiviti seperti ni patut dikurangkan sikit.Rajinkan pergi kelas dan siapkan kerja sekolah.Lagipun peperiksaan pertengahan tahun dah nak dekat..15 Mei ni kitorang periksa.Esok petang ada kawad kaki.Nampaknya kena stay la..huhuhu..sedih lak nk tinggalkan awak semua.. (TT_TT)..tata korang semua..Semoga dapat jumpa lagi.Rajin-rajinlah baca post saya..
Sayonara,Adieu!!!!! = D



P/S:saya masuk pertandingan cerpen..Doakan saya berjaya..!!!Terima kasih kerana sudi menghabiskan masa   untuk membaca post saya yang tidak seberapa ini..












mY oWn storY My OwN fAiry Tale
Difficult Roads Often Leads to Beautiful Destinations. Be POSITIVE.CHEER UP.GIGGLE and LAUGH. ...PASS IT ON...