Pages

Saturday 27 April 2013

Bermalam di Rumah pIEQAh

Assalamualaikum  lama bebenar x post kat blogger..well semenjak ada twitter ni,blogger semakindilupakan..bkn ade org bace pon..hari ni ade kor-kadet untuk kadet polis wanita dan lelaki saya pergi ooo....asyik berdiri je..penat jugek kaki ni...dari kul 7.30 sampai 9.30 pg berdiri je.gerak2 pun senam diri dan sedia.naseb baek xde tindakan  tasta tertib gerak2 masa dlm barisan..tadi mase saya nak kasi botol air kat kwn saya,abes air tumpah.rupa-rupenya penutup x btol.td ade bape org pengsan.lps kuar baris,kitorg amik gmba.ckit2 amik gmba..amik gmba jek kerjanye..uish..skrg saya kat umah kwn saya pieqahni tgh gune laptop n broadband dielah ni.mak die xde so,brmlm kat sini.konon nk study.yg lg sorg bpk die x kasi..oklah tata..nanti lame2 laptop ni jadi giler lak.mati sndiri..

P/S:td conteng tgn hazirul yg kene simen sbb pth...first time wat..terharu lak...abes kor-kadet masuk kls..dak rajin pdhl x bwk buku...huhu..

Tuesday 23 April 2013

Cerceritera sahabat-sahabatku ~PART 1~

Assalamualaikum,sihat?Saya kat sini sihat-sihat je..Terima kasih banyak-banyakla sebab menanya...buat susah-susah je...hihi (gwiyomi).


cuba korang lihat dua wanita ayu dalam pic ni....sebenarnya saya ada something nak bagitau korang semua tau (walau tau xde sape baca..kehkehkeh)...Bukak mata korang sebesar yang korang mampu..get ready pegang mouse korang....telan air liur korang dulu.....

START

Al-kisah bermulalah kisah,kisah dua orang perawan yang telah dilahirkan ke  dunia....Yang berbaju biru melihat dunia pada 26 April 1998 manakala si baju putih,merah itu pula mencelikan mata pada 6 Ogos 1998...Masing-masing umurnya sebaya...Telah ditakdirkan yang berbaju biru itu diberi nama Wan Nursyafiqah Bt. Wan Razaidi.Nur Wahidah Bt. Ismail pula si berbaju putih,merah empunya diri..Kisah mereka berdua inilah yang ingin saya bicarakan.Kisah mereka yang cun-cun itulah ingin saya ketengahkan dan kisah sahabat-sahabat saya iaitu mereka lah ingin saya postkan.

2011

Perkenalan tak terduga

Masih segar lagi dalam ingatanku...ya,sememangnya aku masih ingat..Hari yang bertarikh 3 Januari 2011 ialah hari pertama aku menjejakkan kaki dengan berani menempuhi alam sekolah menengah buat pertama kalinya seumur hidup.Memang benar, pada mulanya aku berasa sedikit cuak dan kegelisahan bertandang di hati ni..Hanya pedoman yang menjadi teman sejati.Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda.Pertama kali mendengar nama sekolah itu terluah dari mulut ibuku...sudah mampu membuat ku tertanya-tanya.'sekolah apa tu?','sekolah tu kat mane?','First time aku dengar nama sekolah ni.','sekolah tu macam mane ea.','Agaknya,dapat tak kawan baru?', dan pelbagai lagi 1001 soalan datang tanpa diundang mahupun memberi salam.Hari pertama persekolahan berlalu dengan pantas...sehingga waktu pulang sekolah.Aku pun segera ke pagar hadapan sekolah baharu ku itu..Sebenarnya,aku sudah berjanji dengan salah seorang rakan sekolah rendahku untuk berjumpa di pagar belakang agar dapat menumpang kenderaanya bagi pulang ke rumah memandangkan  jarak rumah kami begitu hampir tetapi aku tidak mengetahu di mana terletaknya pagar belakang jadi aku hanya ikut pagar yang aku ketahui jalannya.Aku duduk di tepi pagar hadapan sekolah..Dari jam 6.20 ptg hingga jam 7.00 malam aku menunggu kehadiran sesiapa sahaja yang telah ditugaskan untuk mengambil aku tetapi apabila memikirkan masa panjang telah berlalu perasaan cuak kembali sekali lagi.Mulalah aku berfikir bukan-bukan walaupun mukaku tidak menunjukkan sebarang respons.Pada masa itu,ada seorang budak yang tidak ku kenali duduk bertentangan denganku keseorangan...Kami berdua hanya diam,langsung tidak memberi reaksi antara satu sama lain.Sehingga seorang guru bertanya kelewatan kami pulang ke rumah.. dan berniat untuk menghatar kami pulang tetapi aku menolak ajakan dan mengatakan bahawa ibuku akan mengambilku sebentar lagi.Itu pun hanya sebentar sahaja..Suasana menjadi sepi seperti sedia kala..Hanya kedengaran alunan ayat al-Quran berkumandang dari masjid berdekatan.Pada masa itu,hanya bunyi cengkerik menemani,hanya lampu jalan menjadi sumber cahaya di sekolah yang sunyi tiada penghuni..Yang ada di situ hanya dia,aku dan pak gat yang sedang menjalankan tugasnya.Perasaan dan imaginasi yang enggak-enggak tadi serta-merta hilang dari benakku apabila aku dapat melihat kelibat kenderaan yang amat ku kenali nombor platnya.Nasib,baik ibuku datang mengambilku kerana berasa bimbang dengan keadaanku yang masih belum pulang-pulang.Ibuku mempelawa budak yang tidak ku kenali menumpangnya,kemudian budak tersebut bersetuju dan mengikut kami.Di dalam kereta pun kami masih tidak bertegur sapa.Niat di hati hendak bertanya nama tapi tidak kesampaian kerana perasaan malu dan segan yang ku punyai melampau.Ibu juga ada menegur perbuatanku yang langsung tidakingin beramah mesra dengan budak yang entah siapa itu..aku hanya mendiamkan diri.Kadangkala sahaja menjawab.Kami berjaya menghantarnya sehingga ke rumahnya yang terletak di Denai aman,Kempas.Inilah budak yang tidak ku kenali semasa pertama kali jumpa:








Masa mula-mula jumpa dulu muka memang aku tak cam.Siapa sangka kami akan menjadi kawan sehingga ke hari ini.Oit,nanti dulu citernye memang belum habis lagi,...Kejap lagi ada part 2 lak...


Kelas Baharu,Member Haru-biru





Pertama kali masuk kelas baharu agak mendebarkan kerana tidak mengenali ahli-ahli baharu untuk kelas baharu pada hari kedua persekolahan.Hari pertama sekolah duduk di dewan sehingga patah pinggang kerana duduk berjam-jam lamanya.Nasibbaiklah hari orientasi hanya sehari tak berminggu-minggu seperti sebilangan sekolah,kalau tidak alamatnya pergi sekolah naik kerusi roda gayanya.Alhamdulillah pelajar-pelajar tersebut khabarnya masih afiat sehingga kini.Aku mengambil tempat duduk di bawah kipas,lajur ketiga dari pintu kelas dan duduk di meja barisan  kedua dari belakang.Pasangan semeja aku adalah sahabat sekolah rendahku,Khairunesha..Di dalam kelas itu hanya Khairunesha seorang sahajala yang aku kenal pada masa itu.Member-member lain muka baru-baru tetapi ada sebilangan kecil pernah nampak tapi tidak cukup mengenali.Perjalanan di dalam  kelas lancar...Hari kedua sekolah,perangai sebenar masih belum keluar jadi seisi kelas masih sunyi-sepi hanya sebilangan sahaja  yang sudah mengenali antara satu sama lain.Aku bertemu dengan dirinya iaitu Wan Nursyafiqah di pondok belakang sekolah.Nasib baik aku tanya rakan sekolah rendahku di mana terlataknya pagar belakang memandangkan kami pulang bersama dan menaiki bas yang sama.Wan Nursyafiqh, seperti orang lain,aku memang tidak mengenali dirinya pada mulanya.Kami langsung tidak bertegur sapa,budak yang tidak ku kenali semalam masih belum ku kenal pasti orangnya.Yang pasti tentangnya adalah dia menaiki bas yang sama denganku bersama si dia yang berkulit putih itu.Hari ketiga persekolahan,masing-masing sudah mengenali sesama sendiri, sebelum pulang dia meminta ku tunggu untuk pulang bersama melalui pagar belakang sekolah.Lidahku masih kelu berkata-kata. ia seolah-olah sudah sebati dengan jiwaku,perasaan segan itu.Kami pun hanya berbual sedikit sahaja ,perihal sekolah.Mungkin hanya perkara itu yang ku bicarakan.Aku sememangnya ketandusan idea,aku sememangnya tiada keyakinan diri yang mencukupi.Dia pun tidak begitu banyak berkata-kata.Mungkin dia pendiam orangnya.aku pun tidak tahu kerana itu hanya pernyataanku untuk dia pertama kalinya.Ataupun dia seperti diriku yang segan silu,tiada keyakinan.Dia kenal budak yang tidak ku kenali dan berkawan dengannya,aku pun sama walaupun tidak seakrab mana dan walaupun aku masih tidak begitu pasti identiti budak yang tidak ku kenali itu.Walaupun begitu,lama-kelamaan kami sudah bertukar status menjadi sahabat biasa dan akhirnya sehingga kini anda tekalah sendiri..


Kisah ni baru part 1..Part 2 belum lgi.....Mesti korang bosan membaca post saya yang macam karangan inikan?Mungkin ada yang tidak faham apa yang ingin saya sampaikan..?saya tau...tapi akan saya simpan post ini menjadi sebuah kenangan terindah dan bermakna...

P/S:Aduh,esok kena pakai baju KPW lengkap...malu seyh.....tata ..Adieu,,...mahu masuk tidur,mimpi indah-indah...




mY oWn storY My OwN fAiry Tale
Difficult Roads Often Leads to Beautiful Destinations. Be POSITIVE.CHEER UP.GIGGLE and LAUGH. ...PASS IT ON...