Pages

Saturday 20 April 2013

Lawatan dari iNdoNeSiA ke smK bbU

Assalamualaikum...apa khabar korang?sihat?Alhamdulillah...Kalau sakit rajin-rajinkan makan ubat lah ye....walaupun pahit rasanya.(><)Pada hari Jumaat iaitu 19 April 2013... cuba lihat pic kat bawah ni.





 Cuba korang teka siapa mereka semua?Dak Indonesia?Pandai..memang betul..tapi yang pakai baju hitam n lengan bercorak batik itulah mereka...Lain-lain itu rakyat Malaysia..Budak-budak yang pakai baju merah separa hitam tu budak Pontian datang sekali dengan diorang.Nak tahu nape diorang datang?

Diorang datang sebab nak buat latihan tarian kat dewan sekolah saya sebelum nak buat persembahan kat Giant,Tampoi pd pukul 10 pg n Giant,Skudai pd pukul 2 ptg pd hari Ahad 21 April 2013.Pandai tol diorang menari..Lincah n lembut giler..Masa mula-mula datang,saya  menyambut diorang memandangkan saya seorang pengawas..comel-comel diorang semua..Tak kira kecik besar sama je.Sebelum diorang berlatih,diorang melawat sekolah kitorang yang tidak seberapa sangat.Diorang masuk ke kelas dak tingkatan 5..





Sila abaikan dak sekolah saya....Selepas itu diorang buat persembahan kat dewan.berkumandang lagu-lagu diorang kat dewan.Saya yg dalam kelas yang berada di hadapan dewan,tertanya-tanya apa diorang buat memandangkan masa tu saya belum tahu apa-apa.Semua orang pergi tengok..Saya dengan dak-dak kelas saya tiada kesempatan untuk tengok sebab semua subjek lepas rehat,subjek penting..nilah muka-muka yang tengok persembahan diorang..saya tak de ...sedihnye.....








Carilah saya,confirm takde...bila habis kelas saja..cepat-cepat saya kemas beg n terus pergi dewan..Belum sempat sampai dewan dah ada orang panggil kata ada mesyuarat pengawas.Saya kata tunggu sekejap pastu terus gi dewan..Lagu tarian masih berkumandang kemudia....Saya tengok je dah habis...Terkilan hati ni...Tapi ketekilanan hanya sementara kerana pada waktu petangnya diorang buat lagi ..Saya stay sebab ada latihan kawad kaki....bertuah bukan?Saya mengambil peluang berkenalan dengan diorang..Diorang sporting...Diorang siap wat suprise hari jadi salah seorang guru diorang.hehe






Ini ialah persembahan diorang yang terakhir iaitu dengan menyanyikan lagu 1 Malaysia:Tranformasi...Korang ingat tak lagu tu...Diorang gunakan angklung sebagai muzik..dan diorang bagi saya buah tangan keychain berbentuk angklung n pengorek pensil comel Mickey mouse....Rasa sedih juga bile berpisah dengan diorang..Kalau ada jodoh jumpa diorang lagi...tata..





Kitorang sambung lagi dengan kepoyoan yang belum hilang dari hari Khamis ari tu...hihi..Memang giler ambil gambar tol...

P/S:Kawad kaki semalam tak de sebab tak nmpk btg hidung sarjan n dak2 kawad yang lain.Yg ada ckit je.Bgus sarjan..Terima kasih takde kawad semalam,dpt tengok persembahan diorang..hihi



Thursday 18 April 2013

PosinG TidaK Sudah-sudaH

Assalamualaikum.dah lama saya tak publish post kan.kali terakhir pada tahun 2012..itu pun bulan berapa entah...Jadi sebab dah lama tak publish post,perasaan rindu mula bertandang di hati..Baiklah dalam post ini saya ingin menceritakan kisah saya dan kawan-kawan saya yang comel-comel semuanya.Tak habis-habis nak posing sana sini.Yang tukang rakam gambar sayalah tu...Saya suka sikit ambil gambar daripada jadi modelnya...Inilah hasil air tangan saya yang biasa-biasa sahaja

ni baru satu, yang lain-lain lagi agaknya macam mana diorang berposing ya?




Bagaimana hasilnya?Okay tak?Cuma satu gambar je bukan saya tangkap.Gambar yang di atas inilah.Yang itu kawan saya tangkap.Cun-cunkan diorang..Di bawah ni pulak giliran saya dan kawan saya memosing.Kitorang memang kalah dengan dua orang yang kat atas tu.
Biasa sahaja bukan?Haha nilah dua orang budak nerd nak ambil gambar.Ambil gambar pun tak reti posing..ceh,,,hehe..
Opss,jangan sangka ni aje,masih ada lagi tau.Biar keluar air  mata darah ataupun terjojol biji mata awak semua tengok gambar kitorang yang poyo-poyo ni.

Ni gambar kami bertiga berposing.. Bestfwen forever la katakan.




















Memang tak habis-habis nk bergaya.Camtulah,camnilah.gitulah,ginilah...hei,memang tak pernah habis.. Ni pula aku berposing dengan budak petang sekali.



Amacam?ayu-ayu tak gadis -gadis melayu ini..Ada perasaan nak buat calon isteri ke?Maaf  semua yang di atas sudah ditempah..kecuali saya..huahuahua...Tampaknya hari sudah pun larut malam...Lagipun esok nak pergi sekolah kena bangun awal.

Oh,ya hari ni perbentangan Bahasa Melayu KOMSAs kumpulan saya dapat markah 29/30..Tak sia-sia guna ranting kayu seperti yang disarankan oleh cikgu.Terima kasih cikgu.Hari ni pun kumpulan pantun kelas saya yang diwakili lima orang dak kelas saya termasuk saya kalah lawan dengan dak tingkatan 4...Cuma tersilap sedikit.Kalau tiada kesilapan.kitorang pasti menang.Bukan rezeki redha jelah kan...Tidak apa,tahun depan cuba lagi.memandangkan tahun ni nak pmr jadi aktiviti seperti ni patut dikurangkan sikit.Rajinkan pergi kelas dan siapkan kerja sekolah.Lagipun peperiksaan pertengahan tahun dah nak dekat..15 Mei ni kitorang periksa.Esok petang ada kawad kaki.Nampaknya kena stay la..huhuhu..sedih lak nk tinggalkan awak semua.. (TT_TT)..tata korang semua..Semoga dapat jumpa lagi.Rajin-rajinlah baca post saya..
Sayonara,Adieu!!!!! = D



P/S:saya masuk pertandingan cerpen..Doakan saya berjaya..!!!Terima kasih kerana sudi menghabiskan masa   untuk membaca post saya yang tidak seberapa ini..












mY oWn storY My OwN fAiry Tale
Difficult Roads Often Leads to Beautiful Destinations. Be POSITIVE.CHEER UP.GIGGLE and LAUGH. ...PASS IT ON...