Pages

Friday 8 November 2013

Sesungguhnya..i'M still IMMATURE

Assalamualaikum..
Apo Khabaq?

         Dah lama bebenar saya tak bukak citer kan...Almaklumlah 'PMR' walaupun dah abis...biasalah sebok ngan aktiviti baru..Aktiviti membaca.Baca baguh ape...Aktiviti lain hihi no way..Last aktiviti sukan mase lom cuti pnjg itu ari..Main bola tampar.Apa ingat dak nerd tak leh main tampar menampar pe?Dpt 6ber 2 tau..Walaupon 6ber 2 kira oklah jugak..kan..kan..sbb i have no experience in volleyball..mengerti?Ni first time main tau..oklah berbalik pd tadi.Baca apa?Of course..novel..
Apa barang baca komik walaupun still suka..Novel ape?Ni yang malu ckit nak habak ni..
hihi..apalagi novel cintan-cintun ler..Zaman novel2 setakat 100 hingga 200 lebih dah tak
MAIN dah..Well sedang 'membesar'..Paling suka novel terbitan KAKI NOVEL n KARYA SENI.
Boleh tahan best gak..Masa bace mesti tersengih-sengih sorg2 mcm org giler.kehkehkeh

Oklah,post kali ni bukanlah pasal hobi saya yang suka membaca tu..Sesunnguhnya hal tu tiada kena mengena ngan yang hidup ataupun yang sudah mati tapi saya ingin ceritakan betapa tidak matangnya saya walaupun dah 15 tahun!!!Saya masih lagi tengok A.N.I.M.E.Kpd sesiapa yg tak tau ape kejadah tu anime meh sini saya terangkan..

ANIME ialah animasi ciptaan dan hasil terbitan Jepun ala macam Sailoormoon n Detective Conan tu,.Ultraman atau Masked Rider bukan anime sbb anime tu just 2D.Entahala saya pun tak tau nak ckp ape..Apa masalahnya kalo masih tengok Anime?Itulah yang saya tak paham ngan dunia ni..Bila saya cakap saya suka anime atau tengok anime ngan kwn2 diorang ckp saya immature cam budak2..Benarkah?Tp citer anime tu sume nk kate citer psl dak2 tadika cam Sin-chan xde la gak..Citernya bnyk psl dak skola yg sebaya dengan saya..Anime cam org dewasa pun ade.Y censcored2 pon ade hehe..hah jgn nk try2!!..Yg tu x tengok ler.

Apa nk diherankan kalo umur2 camni tengok anime ada yang paling tua tau.Sekurang-kurangnya saya bukanlah otaku(obses dengan anime/manga)err..saya otaku kut..ontahla..sakit kepala memikirkannya.Anime paling saya suka FAIRY TAIL.Best tau citer ni..Nakama tameni(Demi kawan2) Diorg sanggup menggadai nyawa demi kawan2 diorg n rumah diorg yg dipanggil guild atau Fairy tail.Sorera Fairy Tail madoshi dakara(Because they Fairy tail wizard)..Saya suka semangat diorang yang setia dan kepercayaan(bkn agama)..

Fairy tail madoshi





Dahlah tak usah bebel pnjg2..tata..nk smbung bace novel..hihi
Minggu depan 'Playboy tu suami aku?' kat TV3..x sabar den..
Miggu lepah baru abis bace novel tu..

bye..sayonara

Wednesday 4 September 2013

EXAM cOOminG sOOn!!!!

Assalamualaikum...Konichiwa..Dah lama saya tidak berblogger.Sekarang saya ingin berblogger dengan tulis perkataan penuh-penuh tanpa singkatan.Angkara Penilaian Menegah Rendah(PMR) yang semakin mendekati lah ni!SERAMMM!!!Jumaat ini sudah GERAK GEMPUR SEJARAH DAN GEOGRAFI..Next week pula, GERAK GEMPUR BAHASA MELAYU..Ini semua GERAK GEMPUR kali kedua..Masa GERAK GEMPUR pertama dulu BAHASA MELAYU sahaja yang dapat 'A' manakala SEJARAH DAN GEORAFI...Entahlah..No comment..Jadi saya akan buktikan saya boleh buat dan dapat keputusan yang cemerlang dalam GERAK GEMPUR dan PMR..Saya nak melayakkan diri untuk masuk ke asrama.Belajar berdikari.Be independent person.Tidak mahu menyusahkan ayah dan mama apabila dewasa kelak.Apabila masuk Asrama dapatlah kita belajar menjadi seorang yang tabah dan cekal.That why boarding school is interesting to me.Nanti kalau ada rezeki dapat masuk Matrikulasi,dah pandai jaga diri..Tak kekok sangat..I MUST STUDY SMART NOT STUDY HARD..tata ..bye..SAYONARA.

Tak nak jadi pelajar yang dah nak exam baru sibuk2 nak belajar..FIGHTING!!!

Saturday 25 May 2013

Kita~FORTEEN (ost Sebenarnya Saya Isteri Dia)

Suke ngan citer ni...hihi..lg2 Izzue Islam berlakon..eceh2..Semalam melepas tengok citer ni tp xpe tonton kan ade...Nk beli novelnye mak kata nanti mesti rase x best tengok citernye mcm Setia Di Hujung Nyawa..Jd akan setia menunggu citer ni hingga episod die abis

USAHA

Assalamualaikum..'Kemenangan bukan segalanya tetapi usaha untuk menang'Tahun ni aku nak PMR.Cepat betul masa berlalu.Tinggal beberapa bulan sahaja lagi aku akan menyertai medan peperangan yang akan menentukan aliran yang akan aku masuki pada tahun hadapan.Silap langkah,Wallahualam.Wah,masa betol-betol cepat berlalu...Percubaan bulan julai ni!!!Betul tu, tak guna hanya pandai berbicara tetapi usaha tiada.PMR!PMR!PMR!Tahun depan nak masuk sekolah berasrama penuh tapi aku langsung tak berusaha...Setitik peluh pun tidak menitik..Mid Year Exam ni begitu merisaukan..Dahla tata..


><takde mood

Saturday 27 April 2013

Bermalam di Rumah pIEQAh

Assalamualaikum  lama bebenar x post kat blogger..well semenjak ada twitter ni,blogger semakindilupakan..bkn ade org bace pon..hari ni ade kor-kadet untuk kadet polis wanita dan lelaki saya pergi ooo....asyik berdiri je..penat jugek kaki ni...dari kul 7.30 sampai 9.30 pg berdiri je.gerak2 pun senam diri dan sedia.naseb baek xde tindakan  tasta tertib gerak2 masa dlm barisan..tadi mase saya nak kasi botol air kat kwn saya,abes air tumpah.rupa-rupenya penutup x btol.td ade bape org pengsan.lps kuar baris,kitorg amik gmba.ckit2 amik gmba..amik gmba jek kerjanye..uish..skrg saya kat umah kwn saya pieqahni tgh gune laptop n broadband dielah ni.mak die xde so,brmlm kat sini.konon nk study.yg lg sorg bpk die x kasi..oklah tata..nanti lame2 laptop ni jadi giler lak.mati sndiri..

P/S:td conteng tgn hazirul yg kene simen sbb pth...first time wat..terharu lak...abes kor-kadet masuk kls..dak rajin pdhl x bwk buku...huhu..

Tuesday 23 April 2013

Cerceritera sahabat-sahabatku ~PART 1~

Assalamualaikum,sihat?Saya kat sini sihat-sihat je..Terima kasih banyak-banyakla sebab menanya...buat susah-susah je...hihi (gwiyomi).


cuba korang lihat dua wanita ayu dalam pic ni....sebenarnya saya ada something nak bagitau korang semua tau (walau tau xde sape baca..kehkehkeh)...Bukak mata korang sebesar yang korang mampu..get ready pegang mouse korang....telan air liur korang dulu.....

START

Al-kisah bermulalah kisah,kisah dua orang perawan yang telah dilahirkan ke  dunia....Yang berbaju biru melihat dunia pada 26 April 1998 manakala si baju putih,merah itu pula mencelikan mata pada 6 Ogos 1998...Masing-masing umurnya sebaya...Telah ditakdirkan yang berbaju biru itu diberi nama Wan Nursyafiqah Bt. Wan Razaidi.Nur Wahidah Bt. Ismail pula si berbaju putih,merah empunya diri..Kisah mereka berdua inilah yang ingin saya bicarakan.Kisah mereka yang cun-cun itulah ingin saya ketengahkan dan kisah sahabat-sahabat saya iaitu mereka lah ingin saya postkan.

2011

Perkenalan tak terduga

Masih segar lagi dalam ingatanku...ya,sememangnya aku masih ingat..Hari yang bertarikh 3 Januari 2011 ialah hari pertama aku menjejakkan kaki dengan berani menempuhi alam sekolah menengah buat pertama kalinya seumur hidup.Memang benar, pada mulanya aku berasa sedikit cuak dan kegelisahan bertandang di hati ni..Hanya pedoman yang menjadi teman sejati.Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda.Pertama kali mendengar nama sekolah itu terluah dari mulut ibuku...sudah mampu membuat ku tertanya-tanya.'sekolah apa tu?','sekolah tu kat mane?','First time aku dengar nama sekolah ni.','sekolah tu macam mane ea.','Agaknya,dapat tak kawan baru?', dan pelbagai lagi 1001 soalan datang tanpa diundang mahupun memberi salam.Hari pertama persekolahan berlalu dengan pantas...sehingga waktu pulang sekolah.Aku pun segera ke pagar hadapan sekolah baharu ku itu..Sebenarnya,aku sudah berjanji dengan salah seorang rakan sekolah rendahku untuk berjumpa di pagar belakang agar dapat menumpang kenderaanya bagi pulang ke rumah memandangkan  jarak rumah kami begitu hampir tetapi aku tidak mengetahu di mana terletaknya pagar belakang jadi aku hanya ikut pagar yang aku ketahui jalannya.Aku duduk di tepi pagar hadapan sekolah..Dari jam 6.20 ptg hingga jam 7.00 malam aku menunggu kehadiran sesiapa sahaja yang telah ditugaskan untuk mengambil aku tetapi apabila memikirkan masa panjang telah berlalu perasaan cuak kembali sekali lagi.Mulalah aku berfikir bukan-bukan walaupun mukaku tidak menunjukkan sebarang respons.Pada masa itu,ada seorang budak yang tidak ku kenali duduk bertentangan denganku keseorangan...Kami berdua hanya diam,langsung tidak memberi reaksi antara satu sama lain.Sehingga seorang guru bertanya kelewatan kami pulang ke rumah.. dan berniat untuk menghatar kami pulang tetapi aku menolak ajakan dan mengatakan bahawa ibuku akan mengambilku sebentar lagi.Itu pun hanya sebentar sahaja..Suasana menjadi sepi seperti sedia kala..Hanya kedengaran alunan ayat al-Quran berkumandang dari masjid berdekatan.Pada masa itu,hanya bunyi cengkerik menemani,hanya lampu jalan menjadi sumber cahaya di sekolah yang sunyi tiada penghuni..Yang ada di situ hanya dia,aku dan pak gat yang sedang menjalankan tugasnya.Perasaan dan imaginasi yang enggak-enggak tadi serta-merta hilang dari benakku apabila aku dapat melihat kelibat kenderaan yang amat ku kenali nombor platnya.Nasib,baik ibuku datang mengambilku kerana berasa bimbang dengan keadaanku yang masih belum pulang-pulang.Ibuku mempelawa budak yang tidak ku kenali menumpangnya,kemudian budak tersebut bersetuju dan mengikut kami.Di dalam kereta pun kami masih tidak bertegur sapa.Niat di hati hendak bertanya nama tapi tidak kesampaian kerana perasaan malu dan segan yang ku punyai melampau.Ibu juga ada menegur perbuatanku yang langsung tidakingin beramah mesra dengan budak yang entah siapa itu..aku hanya mendiamkan diri.Kadangkala sahaja menjawab.Kami berjaya menghantarnya sehingga ke rumahnya yang terletak di Denai aman,Kempas.Inilah budak yang tidak ku kenali semasa pertama kali jumpa:








Masa mula-mula jumpa dulu muka memang aku tak cam.Siapa sangka kami akan menjadi kawan sehingga ke hari ini.Oit,nanti dulu citernye memang belum habis lagi,...Kejap lagi ada part 2 lak...


Kelas Baharu,Member Haru-biru





Pertama kali masuk kelas baharu agak mendebarkan kerana tidak mengenali ahli-ahli baharu untuk kelas baharu pada hari kedua persekolahan.Hari pertama sekolah duduk di dewan sehingga patah pinggang kerana duduk berjam-jam lamanya.Nasibbaiklah hari orientasi hanya sehari tak berminggu-minggu seperti sebilangan sekolah,kalau tidak alamatnya pergi sekolah naik kerusi roda gayanya.Alhamdulillah pelajar-pelajar tersebut khabarnya masih afiat sehingga kini.Aku mengambil tempat duduk di bawah kipas,lajur ketiga dari pintu kelas dan duduk di meja barisan  kedua dari belakang.Pasangan semeja aku adalah sahabat sekolah rendahku,Khairunesha..Di dalam kelas itu hanya Khairunesha seorang sahajala yang aku kenal pada masa itu.Member-member lain muka baru-baru tetapi ada sebilangan kecil pernah nampak tapi tidak cukup mengenali.Perjalanan di dalam  kelas lancar...Hari kedua sekolah,perangai sebenar masih belum keluar jadi seisi kelas masih sunyi-sepi hanya sebilangan sahaja  yang sudah mengenali antara satu sama lain.Aku bertemu dengan dirinya iaitu Wan Nursyafiqah di pondok belakang sekolah.Nasib baik aku tanya rakan sekolah rendahku di mana terlataknya pagar belakang memandangkan kami pulang bersama dan menaiki bas yang sama.Wan Nursyafiqh, seperti orang lain,aku memang tidak mengenali dirinya pada mulanya.Kami langsung tidak bertegur sapa,budak yang tidak ku kenali semalam masih belum ku kenal pasti orangnya.Yang pasti tentangnya adalah dia menaiki bas yang sama denganku bersama si dia yang berkulit putih itu.Hari ketiga persekolahan,masing-masing sudah mengenali sesama sendiri, sebelum pulang dia meminta ku tunggu untuk pulang bersama melalui pagar belakang sekolah.Lidahku masih kelu berkata-kata. ia seolah-olah sudah sebati dengan jiwaku,perasaan segan itu.Kami pun hanya berbual sedikit sahaja ,perihal sekolah.Mungkin hanya perkara itu yang ku bicarakan.Aku sememangnya ketandusan idea,aku sememangnya tiada keyakinan diri yang mencukupi.Dia pun tidak begitu banyak berkata-kata.Mungkin dia pendiam orangnya.aku pun tidak tahu kerana itu hanya pernyataanku untuk dia pertama kalinya.Ataupun dia seperti diriku yang segan silu,tiada keyakinan.Dia kenal budak yang tidak ku kenali dan berkawan dengannya,aku pun sama walaupun tidak seakrab mana dan walaupun aku masih tidak begitu pasti identiti budak yang tidak ku kenali itu.Walaupun begitu,lama-kelamaan kami sudah bertukar status menjadi sahabat biasa dan akhirnya sehingga kini anda tekalah sendiri..


Kisah ni baru part 1..Part 2 belum lgi.....Mesti korang bosan membaca post saya yang macam karangan inikan?Mungkin ada yang tidak faham apa yang ingin saya sampaikan..?saya tau...tapi akan saya simpan post ini menjadi sebuah kenangan terindah dan bermakna...

P/S:Aduh,esok kena pakai baju KPW lengkap...malu seyh.....tata ..Adieu,,...mahu masuk tidur,mimpi indah-indah...




Saturday 20 April 2013

Lawatan dari iNdoNeSiA ke smK bbU

Assalamualaikum...apa khabar korang?sihat?Alhamdulillah...Kalau sakit rajin-rajinkan makan ubat lah ye....walaupun pahit rasanya.(><)Pada hari Jumaat iaitu 19 April 2013... cuba lihat pic kat bawah ni.





 Cuba korang teka siapa mereka semua?Dak Indonesia?Pandai..memang betul..tapi yang pakai baju hitam n lengan bercorak batik itulah mereka...Lain-lain itu rakyat Malaysia..Budak-budak yang pakai baju merah separa hitam tu budak Pontian datang sekali dengan diorang.Nak tahu nape diorang datang?

Diorang datang sebab nak buat latihan tarian kat dewan sekolah saya sebelum nak buat persembahan kat Giant,Tampoi pd pukul 10 pg n Giant,Skudai pd pukul 2 ptg pd hari Ahad 21 April 2013.Pandai tol diorang menari..Lincah n lembut giler..Masa mula-mula datang,saya  menyambut diorang memandangkan saya seorang pengawas..comel-comel diorang semua..Tak kira kecik besar sama je.Sebelum diorang berlatih,diorang melawat sekolah kitorang yang tidak seberapa sangat.Diorang masuk ke kelas dak tingkatan 5..





Sila abaikan dak sekolah saya....Selepas itu diorang buat persembahan kat dewan.berkumandang lagu-lagu diorang kat dewan.Saya yg dalam kelas yang berada di hadapan dewan,tertanya-tanya apa diorang buat memandangkan masa tu saya belum tahu apa-apa.Semua orang pergi tengok..Saya dengan dak-dak kelas saya tiada kesempatan untuk tengok sebab semua subjek lepas rehat,subjek penting..nilah muka-muka yang tengok persembahan diorang..saya tak de ...sedihnye.....








Carilah saya,confirm takde...bila habis kelas saja..cepat-cepat saya kemas beg n terus pergi dewan..Belum sempat sampai dewan dah ada orang panggil kata ada mesyuarat pengawas.Saya kata tunggu sekejap pastu terus gi dewan..Lagu tarian masih berkumandang kemudia....Saya tengok je dah habis...Terkilan hati ni...Tapi ketekilanan hanya sementara kerana pada waktu petangnya diorang buat lagi ..Saya stay sebab ada latihan kawad kaki....bertuah bukan?Saya mengambil peluang berkenalan dengan diorang..Diorang sporting...Diorang siap wat suprise hari jadi salah seorang guru diorang.hehe






Ini ialah persembahan diorang yang terakhir iaitu dengan menyanyikan lagu 1 Malaysia:Tranformasi...Korang ingat tak lagu tu...Diorang gunakan angklung sebagai muzik..dan diorang bagi saya buah tangan keychain berbentuk angklung n pengorek pensil comel Mickey mouse....Rasa sedih juga bile berpisah dengan diorang..Kalau ada jodoh jumpa diorang lagi...tata..





Kitorang sambung lagi dengan kepoyoan yang belum hilang dari hari Khamis ari tu...hihi..Memang giler ambil gambar tol...

P/S:Kawad kaki semalam tak de sebab tak nmpk btg hidung sarjan n dak2 kawad yang lain.Yg ada ckit je.Bgus sarjan..Terima kasih takde kawad semalam,dpt tengok persembahan diorang..hihi



Thursday 18 April 2013

PosinG TidaK Sudah-sudaH

Assalamualaikum.dah lama saya tak publish post kan.kali terakhir pada tahun 2012..itu pun bulan berapa entah...Jadi sebab dah lama tak publish post,perasaan rindu mula bertandang di hati..Baiklah dalam post ini saya ingin menceritakan kisah saya dan kawan-kawan saya yang comel-comel semuanya.Tak habis-habis nak posing sana sini.Yang tukang rakam gambar sayalah tu...Saya suka sikit ambil gambar daripada jadi modelnya...Inilah hasil air tangan saya yang biasa-biasa sahaja

ni baru satu, yang lain-lain lagi agaknya macam mana diorang berposing ya?




Bagaimana hasilnya?Okay tak?Cuma satu gambar je bukan saya tangkap.Gambar yang di atas inilah.Yang itu kawan saya tangkap.Cun-cunkan diorang..Di bawah ni pulak giliran saya dan kawan saya memosing.Kitorang memang kalah dengan dua orang yang kat atas tu.
Biasa sahaja bukan?Haha nilah dua orang budak nerd nak ambil gambar.Ambil gambar pun tak reti posing..ceh,,,hehe..
Opss,jangan sangka ni aje,masih ada lagi tau.Biar keluar air  mata darah ataupun terjojol biji mata awak semua tengok gambar kitorang yang poyo-poyo ni.

Ni gambar kami bertiga berposing.. Bestfwen forever la katakan.




















Memang tak habis-habis nk bergaya.Camtulah,camnilah.gitulah,ginilah...hei,memang tak pernah habis.. Ni pula aku berposing dengan budak petang sekali.



Amacam?ayu-ayu tak gadis -gadis melayu ini..Ada perasaan nak buat calon isteri ke?Maaf  semua yang di atas sudah ditempah..kecuali saya..huahuahua...Tampaknya hari sudah pun larut malam...Lagipun esok nak pergi sekolah kena bangun awal.

Oh,ya hari ni perbentangan Bahasa Melayu KOMSAs kumpulan saya dapat markah 29/30..Tak sia-sia guna ranting kayu seperti yang disarankan oleh cikgu.Terima kasih cikgu.Hari ni pun kumpulan pantun kelas saya yang diwakili lima orang dak kelas saya termasuk saya kalah lawan dengan dak tingkatan 4...Cuma tersilap sedikit.Kalau tiada kesilapan.kitorang pasti menang.Bukan rezeki redha jelah kan...Tidak apa,tahun depan cuba lagi.memandangkan tahun ni nak pmr jadi aktiviti seperti ni patut dikurangkan sikit.Rajinkan pergi kelas dan siapkan kerja sekolah.Lagipun peperiksaan pertengahan tahun dah nak dekat..15 Mei ni kitorang periksa.Esok petang ada kawad kaki.Nampaknya kena stay la..huhuhu..sedih lak nk tinggalkan awak semua.. (TT_TT)..tata korang semua..Semoga dapat jumpa lagi.Rajin-rajinlah baca post saya..
Sayonara,Adieu!!!!! = D



P/S:saya masuk pertandingan cerpen..Doakan saya berjaya..!!!Terima kasih kerana sudi menghabiskan masa   untuk membaca post saya yang tidak seberapa ini..












mY oWn storY My OwN fAiry Tale
Difficult Roads Often Leads to Beautiful Destinations. Be POSITIVE.CHEER UP.GIGGLE and LAUGH. ...PASS IT ON...