Pages

Monday 15 February 2016

Confuse Nak Pilih Course Apa?

ASSALAMUALAIKUM,
SELAMAT SEJAHTERA.


Dah lama giler tak mengupdate blog..Dah berhabuk dah..Rasenya last update pun bulan Februari tahun lepas.Biasalah duduk asrama. SPM lak tu.

Confused nak pilih course apa untuk permohonan UPU? Tak tahu kerjaya yang sesuai? Tak tahu nak sambung apa? Matrik?STPM? Diploma? Atau Asasi?


"Ceh,baru habis SPM, ada hati nak citer pasal course!"

Ye,memang betul saya baru habis SPM.Tapi tak salah bukan ingin berkongsi serba sedikit  mengenai masalah ini?
Jujur saya cakap, saya pun ada masalah dalam hal ini.Saya selalu memikirkan hal ni sejak saya Form 3 lagi. Jadi saya pun meminta pendapat orang yang terdekat dengan saya.



So, saya start dengan stater point.

Firstly,
saya fikir apa kebolehan saya. Saya hebat dalam subjek Sejarah jadi saya terfikir untuk menjadi seorang,
1)Ahli Arkeologi
2)Peguam/Pendakwa raya
Kalau untuk jadi arkelologi, di Malaysia tidak menawarkan course tersebut kecuali peringkat Master.Itu apa yang saya research selama ni.Kalau macam ni macam mana nak jadi Ahli Arkeologi?
Kalau untuk Peguam/Pendakwa Raya sudah tentu ambil course Undang-undang.


Maybe anda pakar dalam bab-bab komputer,
anda boleh pilih course Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Memandangkan Malaysia akan mencapai Wawasan 2020 tak lama lagi, sudah tentu bidang pekerjaan ini akan semakin meluas dan mempunyai permintaan yang tinggi.Dentist pun mempunyai permintaan yang tinggi di Malaysia.

Maybe tanpa ada sedari anda mempunyai bakat terpendam, siapa tahu,

Secondly,
Apa perkara yang saya minat.
Ingat,minat boleh dibahagikan dengan minat utama dengan minat tak utama.
Sebagai contohnya, saya minat melukis, menulis dan melayari internet.
Bagi saya melukis dan menulis merupakan satu hobi.
Tetapi saya ingin mengetahui lebih mendalm mengenai komputer,jadi saya mengambil keputusan untuk memohon course Science Computer dan course Teknologi Maklumat.

Then,
Research..
Banyakkan research tentang kerjaya yang anda inginkan. Saya selalu research mengenai perkara-perkara sebegini jadi saya sekurang-kurangnya serba tahu mengenai kerjaya yang saya minati. Bagaimana permintaan kerjaya tersebut dan sebagainya.Saya seringkali melayari website tutor.tv.com memandangkan tutor tv banyak membantu pelajar.

Next,
Tanyalah pendapat orang terdekat. Mudah-mudahan membantu .Tanyalah orang yang mempunyai pengalaman dan kenapa pilih course tersebut.
Kalau still confuse bolehlah buat ujian kerjaya. Moga-moga ia membantu.

Still confuse?
Banyak-banyaklah berdoa pada Tuhan. Bagi yang beragama Islam boleh melakukan Solat Istikarah.


Tapi apa yang penting anda akan berasa seronok dan teruja dengan  pilihan course anda dan kerjaya yang ingin dipilih. Bukan semata-mata ingin dipandang tinggi dan hendak gaji yang lumayan sahaja. Perkara itu hanya sementara .Jika kita melakukan pekerjaan yang kita suka, kita tidak akan mudah untuk berputus asa dan terus berjuang bagi mencapai kejayaan . Apa perasaam anda apabila anda melakukan perkara yang disukai? Seronok bukan? Maybe perkara tu takla gempak mana tapi manalah tahu anda boleh membuat inovasi. Yang penting USAHA .Tiada yang mudah dalam dunia ni. Kalau anda jumpa entry ni pun dikira anda sudah memulakan satu step. Dikira usaha bukan?

A JOURNEY  OF THOUSAND MILES BEGIN WITH ONE STEP

Ok lah,bye.

No comments:

mY oWn storY My OwN fAiry Tale
Difficult Roads Often Leads to Beautiful Destinations. Be POSITIVE.CHEER UP.GIGGLE and LAUGH. ...PASS IT ON...