Pages

Tuesday 16 February 2016

SBPI SELANDAR

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA


Hari ni saya mengupdate lagi.Dah ketagih ke?

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar



First time saya dengar nama sekolah ni ialah time check dapat tawaran kat mana-mana Sekolah Baresrama Penuh (SBP) .Masa tu saya dan kawan-kawan saya tengah berehat daripada latihan kawad kaki Kadet Polis Wanita . Lepas tu tiba-tiba dapat khabar result tawaran SBP keluar hari tu.
Apa lagi sume dak form 3 (PMR 2013) terus lari masuk bilik Seni, Check gune Laptop cikgu.

Dah mintak kebenaran dah.
Alhamdulillah saya terima tawaran masuk SBP dengan kawan saya yabg dapat Sains Muar (SAMURA).Apalagi time tu dah tak ingat dunia sebab gembira sangat.
Sebenarnya mohon SBP lain tapi dapat SBP lain cuma sama negeri je. Tapi sebab dapat tawaran so lantakla.

Masa tu saya ingat nama sekolah tu SBP Integrasi Seladang. Jadi saya sebutlah nama sekolah tu bila ada orang tanya.Sampailah kawan saya yang dapat SAMURA betulkan nama sebenar sekolah
Pelik bebenar .Patutnya saya yang patut tahu nama sebenar sekolah tu tapi dia yang tahu.Patutla bila saya beritahu orang lain, diorang tak tahu. Nama sekolah salah rupanya.


Masa saya salah nama sekolah tu saya fikir sekolah tu kat hutan yang ada banyak seladang. Yang hutan tu betul atau lebih tepat Kelapa Sawit.Seladang tu tak berapa tepat sebab tempat tu dipenuhi lembu-lembu yang sedap bila dibuat korban time Raya Haji.


Of course saya terima tawaran tu.Kalau tidak takkan saya nak cerita.Yang pasti time tu rasa excited tahap 7 petala langit sebab dapat masuk asrama dan ke sekolah baru tanpa mengetahui makna sebenar menjadi seorang pelajar berasrama penuh.




Bersambung kat PART 2

DIY! Sungguh Kreatif Dan Inovatif!

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA


Baru-baru ni saya tiba-tiba rasa nak decorate bilik tidur saya. Saya nak bilik saya comel, girly,simple dan selesa.
Macam ni:



Cantik kan? Saya tersangatlah jealous dengan bilik secantik itu. Sudah tentu menggunakan kos yang tinggi untuk decorate bilik camtu.
Tiba-tiba saya teringat pasal Kedai DIY yang kawan saya mention.Barang-barangnya pun comel dan murah. Dia pun ada cakap pasal video-video DIY yang kreatif.
So tengokla video-video tu kat Youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=h2V5LejYVW8

Tengok je video tu bagi saya banyak idea untuk decorate bilik tidur saya dengan kos rendah dan mudah.

It was AWESOME!
Wuu,membuak-buak idea!
Saya boleh buat!YEAH!

A JOURNEY OF A THOUSAND MILES BEGINS WITH ONE STEP

ok,lah bye!


Monday 15 February 2016

Confuse Nak Pilih Course Apa?

ASSALAMUALAIKUM,
SELAMAT SEJAHTERA.


Dah lama giler tak mengupdate blog..Dah berhabuk dah..Rasenya last update pun bulan Februari tahun lepas.Biasalah duduk asrama. SPM lak tu.

Confused nak pilih course apa untuk permohonan UPU? Tak tahu kerjaya yang sesuai? Tak tahu nak sambung apa? Matrik?STPM? Diploma? Atau Asasi?


"Ceh,baru habis SPM, ada hati nak citer pasal course!"

Ye,memang betul saya baru habis SPM.Tapi tak salah bukan ingin berkongsi serba sedikit  mengenai masalah ini?
Jujur saya cakap, saya pun ada masalah dalam hal ini.Saya selalu memikirkan hal ni sejak saya Form 3 lagi. Jadi saya pun meminta pendapat orang yang terdekat dengan saya.



So, saya start dengan stater point.

Firstly,
saya fikir apa kebolehan saya. Saya hebat dalam subjek Sejarah jadi saya terfikir untuk menjadi seorang,
1)Ahli Arkeologi
2)Peguam/Pendakwa raya
Kalau untuk jadi arkelologi, di Malaysia tidak menawarkan course tersebut kecuali peringkat Master.Itu apa yang saya research selama ni.Kalau macam ni macam mana nak jadi Ahli Arkeologi?
Kalau untuk Peguam/Pendakwa Raya sudah tentu ambil course Undang-undang.


Maybe anda pakar dalam bab-bab komputer,
anda boleh pilih course Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Memandangkan Malaysia akan mencapai Wawasan 2020 tak lama lagi, sudah tentu bidang pekerjaan ini akan semakin meluas dan mempunyai permintaan yang tinggi.Dentist pun mempunyai permintaan yang tinggi di Malaysia.

Maybe tanpa ada sedari anda mempunyai bakat terpendam, siapa tahu,

Secondly,
Apa perkara yang saya minat.
Ingat,minat boleh dibahagikan dengan minat utama dengan minat tak utama.
Sebagai contohnya, saya minat melukis, menulis dan melayari internet.
Bagi saya melukis dan menulis merupakan satu hobi.
Tetapi saya ingin mengetahui lebih mendalm mengenai komputer,jadi saya mengambil keputusan untuk memohon course Science Computer dan course Teknologi Maklumat.

Then,
Research..
Banyakkan research tentang kerjaya yang anda inginkan. Saya selalu research mengenai perkara-perkara sebegini jadi saya sekurang-kurangnya serba tahu mengenai kerjaya yang saya minati. Bagaimana permintaan kerjaya tersebut dan sebagainya.Saya seringkali melayari website tutor.tv.com memandangkan tutor tv banyak membantu pelajar.

Next,
Tanyalah pendapat orang terdekat. Mudah-mudahan membantu .Tanyalah orang yang mempunyai pengalaman dan kenapa pilih course tersebut.
Kalau still confuse bolehlah buat ujian kerjaya. Moga-moga ia membantu.

Still confuse?
Banyak-banyaklah berdoa pada Tuhan. Bagi yang beragama Islam boleh melakukan Solat Istikarah.


Tapi apa yang penting anda akan berasa seronok dan teruja dengan  pilihan course anda dan kerjaya yang ingin dipilih. Bukan semata-mata ingin dipandang tinggi dan hendak gaji yang lumayan sahaja. Perkara itu hanya sementara .Jika kita melakukan pekerjaan yang kita suka, kita tidak akan mudah untuk berputus asa dan terus berjuang bagi mencapai kejayaan . Apa perasaam anda apabila anda melakukan perkara yang disukai? Seronok bukan? Maybe perkara tu takla gempak mana tapi manalah tahu anda boleh membuat inovasi. Yang penting USAHA .Tiada yang mudah dalam dunia ni. Kalau anda jumpa entry ni pun dikira anda sudah memulakan satu step. Dikira usaha bukan?

A JOURNEY  OF THOUSAND MILES BEGIN WITH ONE STEP

Ok lah,bye.

mY oWn storY My OwN fAiry Tale
Difficult Roads Often Leads to Beautiful Destinations. Be POSITIVE.CHEER UP.GIGGLE and LAUGH. ...PASS IT ON...